Demografi China (kawasan)

Jalan Nanjing yang sesak di Shanghai.

Lebih daripada seratus etnik wujud di China. Walau bagaimanapun,Bangsa Han tetap merupakan bangsa terbesar. Bangsa ini mempunyai pelbagai ciri-ciri budaya dan bahasa sehinggakan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu gabungan bangsa-bangsa lebih kecil kedalam bangsa lebih besar yang mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Sepanjang sejarah China, terdapat pelbagai bangsa yang wujud dan kemudiannya diasmilisasikan kedalam Bangsa Han atau terus lenyap tampa meninggalkan sebarang kesan. Bangsa Han kemudiannya mengalami lebihan populasi. Pada masa yang sama, ramai di dalam identiti Han ini telah mengekalkan ciri-ciri bahasa dan budaya mereka yang tersendiri. Bangsa-bangsa asing yang lain juga telah membantu membentuk identiti Han dari bahasa dan budaya, sepagai contoh, menyimpan rambut dalam bentuk tocheng berasal daripada praktis Bangsa Manchu yang memerintah pada era Dinasti Qing. Terminologi Zhonghua Minzu merujuk kepada semua rakyat China tampa mengira etnik mereka.

Kerajaan Republik Rakyat China mengiktiraf sebanyak 56 etnik, dengan yang terbesar merupakan Bangsa Han. Jumlah penduduk China adalah 1.3 bilion. Dengan populasi dunia kesemuanya dianggarkan merupakan sebanyak 7.2 bilion, China merupakan rumah kepada lebih kurang 20% daripada manusia di dunia ini.

Kurangkan kawalan jumlah kelahiran dan promosi penambahan penduduk semasa era pemerintahan Mao Zedong mewujudkan letupan demografi yang mewujudkan sebanyak 1.3 bilion penduduk pada hari ini. Sebagai tindak balas terhadap masalah ini, kerajaan PRC menjadikan satu polisi kawalan kelahiran, yang secara amnya dikenali sebagai Dasar seorang anak untuk sekeluarga.

Bangsa Han bercakap dengan lidah yang tidak dapat difahami antara satu sama sendiri mereka, dan diklasifikasikan oleh para guru bahasa sebagai bahasa-bahasa berlainan, tetapi dianggap sebagai pelbagai "dialek" atau "bahasa domestik" oleh bangsa-bangsa Cina itu sendiri. Dialek-dialek ini berkongsi satu cara tulisan standard yang dikenali sebagai "Tulisan Cina Vernakular" atau "baihua" (白话)yang dipakai semenjak abad ke 20-an dan berasaskan Bahasa Mandarin Baku, iaitu bahasa bercakapan standard dari segi tatabahasa dan jumlah perkataan. Satu lagi standard tulisan adalah Bahasa Cina Klasik yang digunakan untuk menulis bahasa China oleh para sasterawan semenjak beribu tahun lamanya sebelum abad ke 20-an. Cara ini tidak lagi digunapakai semenjak abad ke 20-an, kendatipun, ia masih merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah menengah China, jadi ia masih difahami oleh sesetengah individu China. Selain daripada bahasa piawai iaitu Mandarin, dialek lain biasanya tidak ditulis, satu pengecualian adalah dialek Kantonis, yang ada masa dituliskan dalam keadaan tidak formal.

Dataran Apricot di tengah taman di tokong Confucius, Qufu, Shandong.